Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Permohonan pertukaran kuarters yang boleh dipertimbangkan dan diluluskan hanyalah bagi kes kerosakan major dengan syor daripada pihak JKR, Perbadanan Putrajaya atau Unit Penyelenggaraan, BPH sahaja.

Permohonan pertukaran penghuni untuk bertukar aras daripada aras tinggi kepada aras yang lebih rendah juga adalah tertakluk kepada:

i. Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan merupakan jenis kecacatan fizikal yang membataskan pergerakan;

ii. Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon mengidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi di hospital secara berterusan.

Kelulusan pertukaran aras kuarters sekiranya diluluskan adalah tertakluk kepada kuarters kelas semasa yang diduduki tanpa mengambil kira gred hakiki penghuni.

Pegawai yang ditawarkan kuarters lain secara pertukaran akan dikenakan bayaran atas kadar pasaran jika gagal menyerahkan kunci kuarters sedia ada yang diduduki dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan kunci kuarters baru.

Pertukaran penama kuarters hanya diluluskan kepada pasangan yang berkhidmat di dalam stesen kuarters dan dengan gred jawatan yang sama dengan penghuni berdaftar.

Kelulusan penukaran penama juga adalah tertakluk kepada penyelesaian tunggakan bayaran sewaan kuarters atau lain-lain tunggakan berkaitan kuarters (Jika ada).

Sekiranya pasangan (penama baru) mendaftar selepas 1 Januari 2015, kelulusan penawaran juga adalah tertakluk kepada pelaksanaan peraturan pinjaman perumahan kerajaan dalam 25km radius yang berkuat kuasa pada 1.1.2015 yang tertakluk di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2007.

Permohonan pertukaran penama kuarters kelas F yang diduduki kepada pasangan yang berkelayakan kuarters kelas G diluluskan mengambil kira kesusahan penghuni untuk berpindah keluar di mana pada masa yang sama pasangan penghuni masih berkhidmat serta anak-anak masih bersekolah. Tambahan pula, pasangan tidak dapat diperuntukkan kuarters kelas kelayakan dengan kadar segera di atas kekosongan yang terhad serta telah melangkaui prinsip mengikut giliran bagi pasangan yang baru atau belum mendaftar permohonan.

Permohonan pertukaran nama kuarters kepada pasangan yang bertugas di luar stesen kuarters kerana penghuni berdaftar telah bersara/bertukar ke luar kawasan/meninggal dunia tidak diluluskan.

Bahagian Pengurusan Hartanah

Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2 – 8, Blok F6 Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 PUTRAJAYA

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Rujukan

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey