Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Hanya pemohon yang berdaftar dengan SBBPH sahaja yang boleh mengemukakan rayuan menduduki kuarters.

Penawaran kuarters tanpa mengikut giliran di dalam senarai menunggu boleh diberikan bagi permohonan seperti di bawah dengan syarat belum memiliki rumah dalam lingkungan 25km radius daripada mercu tanda yang telah ditetapkan

i. Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon adalah Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan merupakan jenis kecacatan fizikal yang membataskan pergerakan;

ii. Pemohon, pasangan pemohon atau anak pemohon mengidap penyakit kronik yang memerlukan rawatan rapi di hospital secara berterusan.

iii. Pegawai yang terlibat secara langsung dengan anggota pentadbiran (Perdana Menteri / mantan Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri / Mantan Timbalan Perdana Menteri /
Menteri-menteri / KSN.

iv. Pegawai yang berkhidmat di luar negara dan diarahkan kembali bertugas di Malaysia akan diberikan keutamaan tawaran kuarters jika mereka belum mengambil pinjaman perumahan Kerajaan. Penawaran kuarters bagi pegawai gred 44 dan ke bawah adalah kelas F (downgred), manakala pegawai gred 48 ke atas adalah mengikut kelas kelayakan hakiki.

Rayuan selain daripada kategori diatas akan diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Rayuan Keutamaan Kuarters (JRKK) yang bersidang setiap bulan.

Permohonan rayuan kesegeraan bagi tawaran kuarters teres kelas E
dan Kelas D bagi yang berkhidmat di Putrajaya adalah tidak
diluluskan kerana tempoh menunggu yang sangat lama dan terdapat
lebihan kuarters bagi kelas downgrade.

i. Maklum balas akan dimaklumkan kepada pemohon melalui e- mel di dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh keputusan diperolehi melalui Jawatankuasa Rayuan Keutamaan Kuarters (JRKK) yang akan diadakan setiap bulan

ii. BPH berhak untuk tidak memberikan maklum balas kepada pemohon sekiranya pemohon mengemukakan rayuan berulang dengan isu/masalah yang sama dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh maklum balas yang telah diberikan.

Senarai penyakit kritikal bagi permohonan keutamaan kuarters telah dipersetujui dan dijadikan dalam borang. -BORANG LPKK BPH 1/2018 Pindaan para 7(b) dan 7(c) LPKK BPH 1/2018 kepada Borang LPKK BPH 1/2019

Pra Tawaran dilaksanakan melalui rekod emel pada permohonan di dalam SBBPH dan semakan HRMIS SBBPH. Tawaran dan giliran akan dibatalkan sekiranya tiada maklumbalas dalam tempoh yang ditetapkan. Penawaran semula boleh dilaksanakan sekiranya terdapat rayuan dalam tempoh 6 bulan selepas pra penawaran. Sekiranya telah melebihi tempoh 6 bulan perlu dibawa ke dalam mesyuarat JRKK.

Rayuan Kuarters boleh dikemukakan melalui surat atau emel kepada Timbalan Setiausaha Bahagian ke alamat email shahrulnizam@bph.gov.my

Lain-lain keputusan selain daripada yang terkandung di dalam Dasar Pengurusan Kuarters adalah tertakluk kepada pertimbangan di dalam Jawatankuasa Rayuan Keutamaan Kuarters yang akan diadakan setiap bulan.

Bahagian Pengurusan Hartanah

Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2 – 8, Blok F6 Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 PUTRAJAYA

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Rujukan

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey