Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

BPH tidak akan bertanggungjawab sekiranya proses penawaran kuarters tidak dapat dijalankan kerana kegagalan pemohon mengemas kini data peribadi terkini.

Tawaran kuarters adalah dibuat mengikut giliran di dalam senarai menunggu berdasarkan tarikh pendaftaran/tarikh pemakluman kemaskini maklumat/ tarikh permohonan semula mengikut mana yang berkenaan.

BPH juga tidak terikat untuk menawarkan kuarters berdasarkan pilihan/kesukaan pemohon.

Kuarters di Putrajaya diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Putrajaya.

Pemohon didalam Senarai Menunggu yang ditempatkan di luar Putrajaya iaitu Cyberjaya dan Serdang yang mana penempatan asal adalah di Ibu Pejabat Putrajaya tetapi berpindah kerana kesesakan ruang pejabat boleh diberi pertimbangan untuk ditawarkan kuarters di Putrajaya.

Permohonan baru untuk kuarters Putrajaya hanya layak kepada pemohon yang bertugas di Putrajaya bermula pada 1 Januari 2018.

Kuarters di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sahaja.

Kuarters di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di alamat KLIA sahaja.

Kuarters di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KIK diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Anggota Badan Berkanun Persekutuan, yang berkhidmat di Gelang Patah sahaja.

Pemohon didalam Senarai Menunggu yang bertugas di Johor Bahru layak untuk memohon kuarters di KKKA Tanjung Kupang namun keutamaan tawaran adalah kepada pemohon yang bertugas di dalam stesen kuarters.

Permohonan baru untuk kuarters KKKA Tanjung Kupang hanya layak kepada pemohon yang bertugas di di Gelang Patah sahaja bermula pada 1 Januari 2018.

Kuarters di KKKA Labuan diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Anggota Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Labuan sahaja.

Kuarters teres hanya ditawarkan kepada pemohon yang telah sampai giliran menunggu dengan status perkahwinan telah berkahwin.

Bagi pegawai gred 48 dan ke atas adalah layak untuk ditawarkan kemudahan kuarters berdasarkan kelas hakiki walaupun masih berstatus belum berkahwin.

Penghuni kuarters (Kelas E) yang menduduki kuarters secara downgred akan ditawarkan semula kuarters pada kelayakan sebenar berdasarkan tarikh pemakluman berdasarkan pemakluman.

Penawaran kuarters adalah berdasarkan giliran dan pemilihan lokasi kuarters tidak diberi keutamaan.

Pemohon/pegawai yang telah diberi keutamaan termasuk pemohon yang telah sampai giliran untuk ditawarkan kuarters dan menolak tawaran/memohon untuk pertukaran kuarters yang lain, pegawai akan hilang kelayakan untuk diberi keutamaan. Tawaran semula adalah mengikut giliran di dalam senarai menunggu/ nombor pendaftaran yang baru.

Pemohon yang sedang menduduki kuarters atas nama pasangan tetapi telah sampai giliran dan ditawarkan kuarters berdasarkan permohonan yang telah dibuat, hanya boleh memilih salah satu kuarters sahaja iaitu sama ada:

1. Menerima kuarters yang ditawarkan dan perlu mengosongkan kuarters pasangan; atau

2. Menolak tawaran dan terus menduduki kuarters pasangan.

Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan diarahkan kembali bertugas di Malaysia akan diberikan keutamaan tawaran kuarters jika mereka belum mengambil pinjaman perumahan Kerajaan.

Dasar keutamaan tawaran kepada penjawat awam dari sektor luar negara yang diarahkan kembali bertugas di Malaysia adalah kekal. Walau bagaimanapun mereka ini juga tertakluk kepada pelaksanaan peraturan pinjaman perumahan kerajaan dalam 25km radius yang berkuat kuasa pada 1.1.2015.

Penawaran kuarters kepada pemohon OKU yang berstatus bujang adalah kekal tidak berkongsi iaitu 1 unit kepada seorang pemohon.

Keutamaan tawaran hanya dipertimbangkan kepada pemohon/pasangan/anak OKU yang mempunyai kecacatan fizikal dan membataskan pergerakan.

1. Bekerja di luar stesen kuarters yang ditawarkan

2. Sedang menduduki kuarters di bawah agensi masing-masing

3. Tidak bersetuju dengan lokasi/unit kuarters yang telah ditawarkan melalui surat tawaran dan memohon pertukaran lokasi/unit

4. Gagal mengambil surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Memiliki rumah PR1MA atau PPA1M di dalam stesen kuarters yang ditawarkan sama ada pinjaman melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan atau Bank Komersil

6. Pegawai sedang Bercuti Tanpa Gaji mengikut pasangan.

7. Didapati tidak memenuhi lain-lain syarat kelayakan menduduki kuarters Kerajaan seliaan BPH yang ditetapkan dari semasa ke samasa.

Tawaran Kelulusan Bersyarat adalah diberikan kepada pegawai yang sedang cuti belajar, cuti berkursus, cuti sakit, cuti bersalin, atas urusan kerja yang dibenarkan cth: Sewaktu tawaran di buat pegawai sedang bertugas atas kapal dan sedang belayar di laut dan hanya kembali ke daratan selepas daripada tempoh 3 bulan.

Kes khalwat akan disenaraihitamkan bagi tempoh dua (2) tahun dari tarikh keputusan mahkamah dan perkara ini berkuat kuasa mulai 14 Disember 2017.

Pertukaran penama kuarters hanya diluluskan kepada pasangan yang berkhidmat di dalam stesen kuarters dan dengan gred jawatan yang sama dengan penghuni berdaftar.

Kelulusan penukaran penama juga adalah tertakluk kepada penyelesaian tunggakan bayaran sewaan kuarters atau lain-lain tunggakan berkaitan kuarters (Jika ada).

Sekiranya pasangan (penama baru) mendaftar selepas 1 Januari 2015, kelulusan penawaran juga adalah tertakluk kepada pelaksanaan peraturan pinjaman perumahan kerajaan dalam 25km radius yang berkuat kuasa pada 1.1.2015 yang tertakluk di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2007.

Permohonan pertukaran penama kuarters kelas F yang diduduki kepada pasangan yang berkelayakan kuarters kelas G diluluskan mengambil kira kesusahan penghuni untuk berpindah keluar di mana pada masa yang sama pasangan penghuni masih berkhidmat serta anak-anak masih bersekolah. Tambahan pula, pasangan tidak dapat diperuntukkan kuarters kelas kelayakan dengan kadar segera di atas kekosongan yang terhad serta telah melangkaui prinsip mengikut giliran bagi pasangan yang baru atau belum mendaftar permohonan.

Permohonan pertukaran nama kuarters kepada pasangan yang bertugas di luar stesen kuarters kerana penghuni berdaftar telah bersara/bertukar ke luar kawasan/meninggal dunia tidak diluluskan.

Bahagian Pengurusan Hartanah

Jabatan Perdana Menteri,
Aras 2 – 8, Blok F6 Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Lebuh Perdana Timur, Presint 1, 62000 PUTRAJAYA

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Rujukan

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey