Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Kerajaan tiada bertanggung jawab untuk menyediakan rumah-rumah kediaman bagi pegawai-pegawainya

Terbuka kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun yang berkhidmat di dalam stesen yang sama dengan kuarters seliaan BPH atau berkhidmat di kawasan atau Jabatan yang telah diluluskan oleh BPH dibolehkan untuk memohon menduduki kuarters.

Contoh: kuarters di Putrajaya bagi pemohon yang berkhidmat di Putrajaya.

Tanggungjawab pemohon adalah memastikan maklumat perhubungan di dalam sistem SBBPH adalah maklumat yang terkini. Jika didapati terdapat sebarang maklumat yang diberikan adalah PALSU, pihak BPH berhak membatalkan permohonan atau menarik balik kelulusan permohonan tersebut.

Tarikh kelayakan permohonan daripada pemohon yang bertugas di luar stesen kuarters adalah berdasarkan kepada tarikh pegawai melaporkan diri bertugas di dalam stesen berdasarkan lokasi kuarters.

Permohonan kuarters daripada pemohon yang telah menduduki kuarters di bawah jabatan masing-masing atau pemohon yang berkhidmat di bawah jabatan/kementerian yang mempunyai kuarters dalam stesen yang sama dengan lokasi kuarters di bawah seliaan BPH, tidak layak dipertimbangkan kuarters di bawah seliaan BPH berkuat kuasa 1 April 2013.

Guru Sandaran Terlatih (GST) dan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah bukan kakitangan Kerajaan dan tidak layak mendapat kemudahan perumahan Kerajaan (Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2007 bertarikh 27 Februari 2008)

Kelayakan kuarters bagi pegawai yang dipinjamkan ke Agensi/Jabatan lain bukan dengan tujuan naik pangkat adalah mengikut kelayakan hakiki.

Pemohon-pemohon yang pernah ditawarkan kuarters tetapi tidak menerima tawaran atau tawaran tersebut telah terbatal atau yang telah keluar mana-mana kuarters dan kembali semula bertugas atau memohon semula perlu mengemukakan permohonan baru sekiranya ingin menduduki kuarters semula. Tarikh pendaftaran yang lama adalah terbatal.

Berdasarkan bilangan pemohon kuarters yang berkhidmat di Putrajaya telah meningkat dengan mendadak di samping bilangan kuarters sedia ada yang terhad, permohonan daripada pemohon yang bertugas di luar Putrajaya ditutup mulai 1 Jun 2011. Kuarters di Putrajaya pernah boleh ditawarkan kepada pemohon berminat yang berkhidmat di luar Putrajaya tertakluk bilangan kekosongan pada 4 April 2008.

Tiada permohonan downgrade bagi kuarters WP Kuala Lumpur kecuali bagi bekas penghuni yang dipindahkan semasa tapak KKKA Jalan Cochrane dibangunkan.

Pemohon yang memohon pertukaran kuarters ke kelas kelayakan yang lebih tinggi kerana kenaikan pangkat akan menggunakan prinsip tarikh semasa permohonan dan bukan tarikh kenaikan pangkat sebenar.

Badan Berkanun yang mengikut Sistem Saraan Persekutuan.

Permohonan bagi pegawai yang dilantik di bawah skim Contract Of Service (COS) adalah layak untuk memohon menduduki kuarters kerana COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam.

Manakala pegawai yang dilantik secara Contract For Service (CFS) adalah tidak layak untuk memohon untuk menduduki kuarters kerana CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.

Pemohon/penghuni/pasangan yang memiliki rumah di bawah PPA1M/PR1MA adalah tidak layak mendapat kemudahan kuarters kerajaan. Ini adalah selaras dengan tujuan pelaksanaan program tersebut iaitu untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.

BPH tidak akan bertanggungjawab sekiranya proses penawaran kuarters tidak dapat dijalankan kerana kegagalan pemohon mengemas kini data peribadi terkini.

Tawaran kuarters adalah dibuat mengikut giliran di dalam senarai menunggu berdasarkan tarikh pendaftaran/tarikh pemakluman kemaskini maklumat/ tarikh permohonan semula mengikut mana yang berkenaan.

BPH juga tidak terikat untuk menawarkan kuarters berdasarkan pilihan/kesukaan pemohon.

Kuarters di Putrajaya diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Putrajaya.

Pemohon didalam Senarai Menunggu yang ditempatkan di luar Putrajaya iaitu Cyberjaya dan Serdang yang mana penempatan asal adalah di Ibu Pejabat Putrajaya tetapi berpindah kerana kesesakan ruang pejabat boleh diberi pertimbangan untuk ditawarkan kuarters di Putrajaya.

Permohonan baru untuk kuarters Putrajaya hanya layak kepada pemohon yang bertugas di Putrajaya bermula pada 1 Januari 2018.

Kuarters di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sahaja.

Kuarters di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Anggota Perkhidmatan Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di alamat KLIA sahaja.

Kuarters di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KIK diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Anggota Badan Berkanun Persekutuan, yang berkhidmat di Gelang Patah sahaja.

Pemohon didalam Senarai Menunggu yang bertugas di Johor Bahru layak untuk memohon kuarters di KKKA Tanjung Kupang namun keutamaan tawaran adalah kepada pemohon yang bertugas di dalam stesen kuarters.

Permohonan baru untuk kuarters KKKA Tanjung Kupang hanya layak kepada pemohon yang bertugas di di Gelang Patah sahaja bermula pada 1 Januari 2018.

Kuarters di KKKA Labuan diperuntukkan kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, Anggota Badan Berkanun Persekutuan yang berkhidmat di Labuan sahaja.

Kuarters teres hanya ditawarkan kepada pemohon yang telah sampai giliran menunggu dengan status perkahwinan telah berkahwin.

Bagi pegawai gred 48 dan ke atas adalah layak untuk ditawarkan kemudahan kuarters berdasarkan kelas hakiki walaupun masih berstatus belum berkahwin.

Penghuni kuarters (Kelas E) yang menduduki kuarters secara downgred akan ditawarkan semula kuarters pada kelayakan sebenar berdasarkan tarikh pemakluman berdasarkan pemakluman.

Penawaran kuarters adalah berdasarkan giliran dan pemilihan lokasi kuarters tidak diberi keutamaan.

Pemohon/pegawai yang telah diberi keutamaan termasuk pemohon yang telah sampai giliran untuk ditawarkan kuarters dan menolak tawaran/memohon untuk pertukaran kuarters yang lain, pegawai akan hilang kelayakan untuk diberi keutamaan. Tawaran semula adalah mengikut giliran di dalam senarai menunggu/ nombor pendaftaran yang baru.

Pemohon yang sedang menduduki kuarters atas nama pasangan tetapi telah sampai giliran dan ditawarkan kuarters berdasarkan permohonan yang telah dibuat, hanya boleh memilih salah satu kuarters sahaja iaitu sama ada:

1. Menerima kuarters yang ditawarkan dan perlu mengosongkan kuarters pasangan; atau

2. Menolak tawaran dan terus menduduki kuarters pasangan.

Penjawat awam yang berkhidmat di luar negara dan diarahkan kembali bertugas di Malaysia akan diberikan keutamaan tawaran kuarters jika mereka belum mengambil pinjaman perumahan Kerajaan.

Dasar keutamaan tawaran kepada penjawat awam dari sektor luar negara yang diarahkan kembali bertugas di Malaysia adalah kekal. Walau bagaimanapun mereka ini juga tertakluk kepada pelaksanaan peraturan pinjaman perumahan kerajaan dalam 25km radius yang berkuat kuasa pada 1.1.2015.

Penawaran kuarters kepada pemohon OKU yang berstatus bujang adalah kekal tidak berkongsi iaitu 1 unit kepada seorang pemohon.

Keutamaan tawaran hanya dipertimbangkan kepada pemohon/pasangan/anak OKU yang mempunyai kecacatan fizikal dan membataskan pergerakan.

1. Bekerja di luar stesen kuarters yang ditawarkan

2. Sedang menduduki kuarters di bawah agensi masing-masing

3. Tidak bersetuju dengan lokasi/unit kuarters yang telah ditawarkan melalui surat tawaran dan memohon pertukaran lokasi/unit

4. Gagal mengambil surat tawaran dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Memiliki rumah PR1MA atau PPA1M di dalam stesen kuarters yang ditawarkan sama ada pinjaman melalui Skim Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan atau Bank Komersil

6. Pegawai sedang Bercuti Tanpa Gaji mengikut pasangan.

7. Didapati tidak memenuhi lain-lain syarat kelayakan menduduki kuarters Kerajaan seliaan BPH yang ditetapkan dari semasa ke samasa.

Tawaran Kelulusan Bersyarat adalah diberikan kepada pegawai yang sedang cuti belajar, cuti berkursus, cuti sakit, cuti bersalin, atas urusan kerja yang dibenarkan cth: Sewaktu tawaran di buat pegawai sedang bertugas atas kapal dan sedang belayar di laut dan hanya kembali ke daratan selepas daripada tempoh 3 bulan.

Kes khalwat akan disenaraihitamkan bagi tempoh dua (2) tahun dari tarikh keputusan mahkamah dan perkara ini berkuat kuasa mulai 14 Disember 2017.

Pertukaran penama kuarters hanya diluluskan kepada pasangan yang berkhidmat di dalam stesen kuarters dan dengan gred jawatan yang sama dengan penghuni berdaftar.

Kelulusan penukaran penama juga adalah tertakluk kepada penyelesaian tunggakan bayaran sewaan kuarters atau lain-lain tunggakan berkaitan kuarters (Jika ada).

Sekiranya pasangan (penama baru) mendaftar selepas 1 Januari 2015, kelulusan penawaran juga adalah tertakluk kepada pelaksanaan peraturan pinjaman perumahan kerajaan dalam 25km radius yang berkuat kuasa pada 1.1.2015 yang tertakluk di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 13 Tahun 2007.

Permohonan pertukaran penama kuarters kelas F yang diduduki kepada pasangan yang berkelayakan kuarters kelas G diluluskan mengambil kira kesusahan penghuni untuk berpindah keluar di mana pada masa yang sama pasangan penghuni masih berkhidmat serta anak-anak masih bersekolah. Tambahan pula, pasangan tidak dapat diperuntukkan kuarters kelas kelayakan dengan kadar segera di atas kekosongan yang terhad serta telah melangkaui prinsip mengikut giliran bagi pasangan yang baru atau belum mendaftar permohonan.

Permohonan pertukaran nama kuarters kepada pasangan yang bertugas di luar stesen kuarters kerana penghuni berdaftar telah bersara/bertukar ke luar kawasan/meninggal dunia tidak diluluskan.

Alamat Seksyen:

Seksyen Pengurusan Kuaters,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok F6, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 PUTRAJAYA.

No. Tel: 03-8091 8500
No. Faks: 03-80918839

Semak Senarai Menunggu:

Sebarang Permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.
Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran.

Capaian Pengguna

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey