Utama
Rumah Peranginan Persekutuan
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Jabatan boleh memohon ruang pejabat, di Bangunan Gunasama Persekutuan apabila terdapat kekosongan dengan mengisi borang yang boleh didapati dari laman sesawang www.bph.gov.my dan menyerahkannya kepada Pengurus Bangunan dengan mengemukakan justifikasi permohonan yang mengandungi:

  • Alasan permohonan
  • Lokasi pejabat sediada
  • Bilangan perjawatan sediada dan gred jawatan
  • Keluasan Ruang sediada
  • Bilangan perjawatan dan gred jawatan baru/tambahan
  • Keluasan Ruang dipohon
  • Masalah yang dihadapi


Kelulusan pengagihan ruang pejabat di Bangunan Gunasama Persekutuan akan dibuat oleh Jawatankuasa Ruang Pejabat, Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan perlu memohon kelulusan kerja-kerja ubahsuai di Bangunan Gunasama Persekutuan melalui Pengurus Bangunan dengan mengisi borang yang boleh didapati di www.bph.gov.my dan melampirkan dokumen berikut:

  • Salinan pelan
  • Skop kerja yang akan dijalankan
  • Lampiran A yang telah diluluskan oleh Pegawai Pengawal sekiranya melibatkan pemasangan alat penyaman udara
  • Kelulusan daripada JKR Tempatan sekiranya melibatkan kerja-kerja melibatkan kerja-kerja teknikal.
  • Kelulusan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) sekiranya melibatkan kerja-kerja pemasangan CCTV dan bilik kebal
  • Kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya diperlukan


Kelulusan kerja-kerja ubahsuai ruang pejabat di Bangunan Gunasama Persekutuan akan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Alamat Seksyen

Ruang Pejabat,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok F6, Kompleks F, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Lebuh Perdana Timur, Presint 1
62000 PUTRAJAYA

No. Tel : 03 – 8091 8500
No. Faks : 03 – 8091 8836

Semak Senarai Menunggu

Sebarang permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.

Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran.

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey