Pengurusan Kuarters
- Utama
- Perkhidmatan
- Pengurusan Kuarters
Ibu pejabat:
Aras 4, Blok F6, Kompleks F, Putrajaya
Cawangan:
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Duta, Kuala Lumpur
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan U-Thant, Kuala Lumpur
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Perumahan Penjawat Awam (PPA) KLIA, Nilai, Negeri Sembilan
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Tanjung Kupang, Jalan Bukit Kuching, Gelang Patah, Johor
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kuarters Kakitangan Kerajaan Awam Layang Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan
- Pejabat Cawangan Bahagian Pengurusan Hartanah Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) Brickfields, Jalan Ang Seng, Kuala Lumpur
Keanggotaan Unit Senggara terdiri daripada 79 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan teknikal (mahir dan separuh mahir) serta bukan teknikal. Pegawai dan kakitangan teknikal terdiri daripada penjawat jawatan kader gred professional dan kumpulan pelaksana daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Fungsi utama:
- Menguruskan pembaikan kuarters kosong dan mengawalselia pelaksanaan kerja-kerja pembaikan tersebut oleh kontraktor pembaikan.
- Menerima dan menyelaras aduan kerosakan kuarters oleh penghuni.
- Memantau kerja-kerja penyelenggaraan/pembaikan yang dilaksanakan oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya/Perbadanan Putrajaya (JKR/PPj) ke atas aduan yang diterima daripada penghuni kuarters.
- Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan bagi kontrak penyelenggaraan kuarters oleh agensi pelaksana (JKR/PPj).
Konsep penyelenggaraan:
- Penyelenggaraan merupakan satu rangkaian aktiviti yang diurus dengan teliti, dikawalselia dengan rapi berdasarkan standard teknikal tertentu yang telah ditetapkan serta dilaksanakan secara berterusan.
- Penyelenggaraan adalah bagi memastikan semua kuarters Kerajaan serta kemudahannya sentiasa terpelihara, ceria, selamat serta dapat digunakan secara produktif sepanjang masa.
Medium aduan penyelenggaraan:
- Aduan boleh dibuat melalui medium seperti berikut :
- Kaunter
- Telefon
- E-Mel
- Sistem Aduan Kuarters (SAKU)
Definisi kontraktor penyelenggaraan:
Kontraktor yang dilantik oleh agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya/Perbadanan Putrajaya (JKR/PPj) melalui kaedah perolehan secara tender untuk suatu tempoh tertentu mengikut syarat dan terma yang ditetapkan dalam kontrak.
Kontraktor ini melaksanakan Kerja-Kerja Perkhidmatan Pengurusan, Operasi dan Penyelenggaraan Secara Komprehensif bagi Kejuruteraan Awam, Mekanikal, Elektrikal, Lanskap dan Kawalan Serangga Perosak ke atas kuarters yang berpenghuni.
Definisi kontraktor pembaikan:
Kontraktor yang dilantik oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) secara undian atau pusingan di kalangan Kontraktor Gred G1 tempatan yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam gred dan kategori yang berkaitan serta Taraf Bumiputera daripada Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) untuk melaksanakan kerja-kerja requisition seperti kerja-kerja pembaikan kuarters kosong selepas penghuni keluar kuarters sebelum ditawarkan kepada penghuni baru.
Proses pembaikan kuaters kosong:
- Menerima kunci kuarters yang dikosongkan penghuni dari Unit Kuarters.
- Membuat pemeriksaan kuarters awalan untuk mengenalpasti item rosak/perlu dibaiki.
- Menyediakan Senarai Kuantiti berdasarkan Jadual Kadar Harga (JKH) terkini yang dikeluarkan oleh JKR.
- Membuat pemantauan secara berkala bagi kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor untuk memastikan skop kerja, kualiti dan kuantiti kerja dipatuhi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam kontrak/arahan kerja.
Proses kerja aduan:
- Unit Senggara menerima aduan kerosakan daripada penghuni.
- Merekod dan mendaftarkan aduan ke dalam Rekod Aduan.
- Memajukan aduan kepada pihak kontraktor penyelenggaraan dan salinan kepada agensi pelaksana (JKR/PPj).
- Failkan aduan.
- Mengemaskini rekod dan status aduan.
Alamat Seksyen:
Seksyen Pengurusan Kuarters,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok F6, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8000 8000
Semak Senarai Menunggu:
Sebarang Permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.
Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran.