Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Perutusan Setiausaha Bahagian

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan izin-Nya kita melangkah ke tahun baru 2021. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang lebih baik untuk diri kita semua berbanding tahun-tahun terdahulu.

2020 akan sentiasa terpahat sebagai tahun yang mencabar melangkau ekspektasi ‘wawasan’ negara. COVID-19 menular dengan begitu cepat ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Bagi mengekang penularan wabak, Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020. Pendemik ini telah memberikan kesan langsung kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan.

BPH sebagai agensi yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan teras pengurusan aset gunasama persekutuan dan didefinasikan dalam kategori essenstial services telah turut mengambil peranan sebagai frontliners demi memastikan perkhidmatan awam dan rakyat amnya mendapat perkhidmatan yang berterusan. Dalam keadaan pergerakan yang dikekang, komitmen warga BPH sentiasa konsisten bagi memastikan pelbagai program dan agenda yang telah dirancang lebih awal dapat dijayakan. Inisiatif ini sewajarnya diberi kredit dan pengiktirafan.

Perkhidmatan teras dibawah BPH seperti Kuaters Gunasama Persekutuan, Rumah Peranginan dan Pengurusan Bangunan Kerajaan telah melakar beberapa pembaharuan bagi memastikan sistem peyampaian yang berkesan dan memenuhi perubahan persekitaran. Antara pencapaian utama melalui Seksyen berkaitan ialah penjenamaan semula RPP, Aplikasi ChatBot (Ha^ta), pra-penawaran kuaters, pemantauan dan penguatkuasaan melakui penggunaan drone serta penggunaan kunci elektronik yang mana merupakan sebahagian daripada aplikasi Internet of Things (IoT). Aplikasi ChatBot mula digunapakai untuk sebaran rujukan kepada kumpulan sasar dan BPH merupakan agensi Kerajaan pertama menyediakan aplikasi ini untuk kemudahan kakitangan awam. Kerja-kerja pembaikan dan naiktaraf premis pada tahun 2020 telah melangkau KPI yang ditetapkan dan terus akan ditambahbaik pada tahun ini. Usaha-usaha reformasi dan transformasi sistem penyampaian BPH ini akan berterusan bagi memastikan misi dan visi sebagai pengurus aset gunasama yang cemerlang dapat dicapai. 

Berdasarkan kepada pencapaian ini, saya amat yakin BPH bersedia untuk mendepani cabaran 2021 yang mana lembaran baru Rancangan Malaysia Keduabelas (RMK12) mula dibuka dalam suasana norma baru. BPH kini memikul tanggungjawab merancang dan melaksanakan strategi ‘Kesejahteraan Sosial’ kearah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).

Akhir kata, saya menyeru seluruh warga BPH supaya terus mendukung matlamat Jabatan serta terus bekerja dengan ikhlas, amanah dan professional. Patuhilah SOP dan laksanakan kawalan kendiri. Bersama-samalah kita dalam usaha Kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. Semoga semua daripada kita terlindung dari bencana dan wabak penyakit.

Sekian, Wabilahitaufiq Walhidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

“Beriltizam Penuhi Hasrat”
“Kita Teguh Kita Menang”

Rahimi Bin Ismail
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey