Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) Eksekutif merupakan rumah rehat kerajaan yang disediakan untuk kemuudahan semua anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri, pesara-pesara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta dipanjangkan kepada semua anggota Perkhidmatan Badan Berkanun.

Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) Premier adalah rumah rehat Kerajaan yang disediakan untuk anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan mengikut kelayakan tertentu bermula daripada anggota PPerkhidmatan Awam gred 48 ke atas dan yang setaraf dengannya.

Rumah Transit(RT) merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri.

Keutamaan kelayakan bagi menggunakan RT adalah seperti berikut:

  • Penginapan sementara bagi pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukar sementara menunggu urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  • Penginapan sementara bagi pegawai dan kakitangan sementara mendapat rumah sewa atau kuaters;
  • Penginapan sementara bagi penghuni kuaters yang mengalami bencana(contoh: kebakaran) atau dalam penyelenggaraan/pembaikan yang menyebabkan kuaters tidak dapat diduduki;
  • Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan atau urusan rasmi;
  • Penginapan peserta-perserta program anjuran Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan; dan
  • Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke lokasi terletaknya RT (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di lokasi terletaknya RT)

Lokasi Rumah Peranginan(RPP) Eksekutif adalah seperti berikut:

  • RPP Port Dickson;
  • RPP Morib;
  • RPP Tasik Kenyir;
  • RPP Cameron Highlands;
  • RPP Pulau Langkawi – Federal Villa;
  • RPP Bukit Fraser;
  • RPP Pulau Pinang; dan
  • RPP Pulau Pangkor.

Lokasi Rumah Peranginan Persekutuan(RPP) Premier adalah seperti berikut:

  • RP Tanjung Tuan, Port Dickson;
  • RP Cameron Highlands;
  • RP Bukit Fraser – The Lodge;
  • RP Labuan;
  • RP Singapura;
  • RP Banglo VIP, Port Dickson; dan
  • RP London (termasuk RP Transit Sipson Middlesex).

Lokasi Rumah Transit(RT) adalah seperti berikut:

  • RT Putrajaya
  • RT Ang Seng, Brickfields, Kuala Lumpur
  • RT Tanjung Kupang, Johor
  • RT Port Dickson, Negeri Sembilan

Peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa bagi menggunakan RPP adalah seperti berikut:

  • Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2015 – Peraturan Bagi Menggunakan Rumah Peranginan Persekutuan Luar Negeri;
  • Garis Panduan Penggunaan Rumah Peranginan Persekutuan dan Rumah Transit, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri.

Pemohon yang telah menjelaskan bayaran tempah RPP dan RP tidak dibenarkan tukar ganti kepada penama yang lain. HANYA suami/isteri pemohon yang tersenarai dalam surat kelulusan penginapan dibenarkan untuk mendaftar masuk.

Tarikh tempahan dibuka adalah tinga)3_ kali setahun, iaitu:

  • Buka bermula 1 Mac (Tarikh Penginapan 3/5 – 2/9)
  • Buka bermula 1 Julai (Tarikh Penginapan 3/9 – 2/1)
  • Buka bermula 1 November (Tarikh Penginapan 3/1 – 2/5)

Waktu daftar masuk dan keluar adalah seperti berikut:

  • RPP/RT yang diuuruskan oleh BPH
    • Waktu Daftar masuk: Jam 2.00 petang – 5.00 petang
    • Waktu Daftar Keluar: Jam 12.00 tengahari
  • RPP yang diuruskan oleh operator
    • Waktu Daftar Masuk: Jam 3.00 petang
    • Waktu Daftar Keluuar: Jam 12.00 tengahari

Operator boleh mengenakan caj tambahan sekiranya melibatkan waktu luar daripada yang ditetapkan.

Alamat Seksyen:

Pengurusan Rumah Peranginan,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok F6, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 PUTRAJAYA.

No. Tel: 03-8091 8500
No. Faks: 03-80918839

Semak Senarai Menunggu:

Sebarang Permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.
Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey