Rumah
Tamu

Info

Rumah Tamu adalah merupakan rumah penginapan sementara untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri:

  1. Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik sementara urusan penempatan dilaksanakan oleh Kementerian/Jabatan;
  2. Penginapan pegawai dan kakitangan yang baru dilantik atau ditukarkan sementara mendapat rumah sewa atau kuarters;
  3. Penginapan pegawai dan kakitangan yang bertugas di luar kawasan;
  4. Penginapan peserta-peserta program anjuran Kementerian/ Jabatan/Agensi Kerajaan;
  5. Penginapan keluarga pegawai dan kakitangan yang berkunjung ke Putrajaya (bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Putrajaya); dan
  6. Penginapan sementara bagi penghuni kuarters yang mengalami bencana (contoh: kebakaran) yang menyebabkan kuarters tidak dapat diduduki.

Jumlah Rumah Tamu

3

Kelayakan

Anggota Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan & Perkhidmatan Awam Negeri

Kadar Sewa

RM 20 - RM 150

Rumah Tamu

Untuk Pertanyaan Lebih Lanjut

Info Tambahan

Kemudahan Rumah Tamu ini diuruskan oleh Seksyen Pengurusan Rumah Peranginan di Bahagian Pengurusan Hartanah bermula pada 1 Julai 2009. Pada masa kini, terdapat sejumlah 37 unit Rumah Tamu yang terdiri daripada dua (2) unit Rumah Teres jenis Semi-D yang terletak di Presint 11, Putrajaya,1 buah rumah teres di Labuan dan selebihnya merupakan Rumah Apartmen 3 bilik terletak di pelbagai lokasi.

Rumah Tamu Putrajaya

Rumah Tamu Jalan Ang Seng

Rumah Tamu Tanjung Kupang