









RPP Pangkor
Destinasi pelancongan terkenal negara, Pulau Pangkor, Perak mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi pulau bebas cukai bermula 1 Januari 2020. Penjawat awam juga bertuah kerana terdapat sebuah RPP di pulau tersebut. RPP Pulau Pangkor terletak kira-kira 90 kilometer dari barat daya Ipoh dan tujuh batu nautika dari Jeti Lumut, untuk ke RPP ini, pelancong boleh memilih untuk menggunakan perkhidmatan feri dari Jeti Lumut atau Jeti Marina Islands, Teluk Muroh. Setibanya di Jeti, deretan van berwarna pink menanti untuk membawa anda ke RPP Pulau Pangkor dengan kos yang sangat berpatutan. Menginap di RPP, pengunjung boleh menghabiskan masa dengan menikmati keindahaan pantai Pasar Bogak yang menyajikan pelbagai aktiviti laut yang menarik seperti banana boat, snokerling, jetski dan lain – lain, RPP Pulau Pangkor menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Apabila tiba masa untuk pulang, premis jualan coklat dan premis jualan hasil laut boleh dikunjungi untuk dibawa pulang sebagai buah tangan dari pulau Mutiara.
Info
- Merokok tidak dibenarkan
- Makanan tidak halal tidak dibenarkan
- Haiwan tidak dibenarkan
Kemudahan
- Televisyen & Astro
- Wifi
- Dewan makan
- Kemudahan peralatan memasak (Banglo VIP Sahaja)
- Kemudahan PA sistem
- Tempat untuk BBQ
- Taman Permainan kanak-kanak.
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Perbincangan
- Surau
- Dewan Serbaguna
Jenis Bilik & Harga
Banglo 4 Bilik
Banglo 4 Bilik
Kelayakan: Gred 41 >
Semi D 2 Bilik
Semi D 2 Bilik
Kelayakan: Semua gred
Chalet 2 Tingkat
Chalet 2 Tingkat
Kelayakan: Semua gred
Asrama/ Dormitori 12 Katil
Asrama/ Dormitori 12 Katil
Kelayakan: Semua gred
Antara Tarikan di sekitar Pulau Pangkor

Masjid Terapung Pangkor

Pantai Pasir Bogak

Satey Ikan

Lumut Waterfront
