Utama
RPP
bph-icon
Sistem Bersepadu BPH
Soalan
Lazim
Hubungi
Kami
Aduan & Maklum Balas

Borang permohonan kelulusan penyewaan ruang pejabat boleh diperolehi dengan melayari laman web Bahagian Pengurusan Hartanah iaitu http://www.bph.gov.my/. Ataumengambilnya sendiri di Unit Ruang Pejabat, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdanan Menteri di alamat Aras 7, Blok F6, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F, Putrajaya.

Cara memohon kelulusan penyewaan ruang pejabat adalah seperti berikut:-

  • Mengemukakan Borang JRP dan senarai semakan JRP yang telah lengkap diisi beserta kelulusan daripada jabatan-jabatan berikut:-
    • Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan Malaysia.
    • Jabatan Penilaian dan perkhidmatan Harta yang berhampiran.
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat malaysia yang berhampiran.
    • Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang berhampiran.
    • Unit Perancang Ekonomi (Standard & Cost), Jabatan Perdana Menteri sekiranya ruang melebihi 465 meter persegi. DAN
  • Maklumat tambahan seperti berikut:
    • Surat tawaran daripada pemilik
    • Pelan lantai/Pelan susun atur
    • Gambar Bangunan
    • Carian rasmi, salinan Pendaftaran Hakmilik dan dokumen yang berkaitan dengannya seperti surat persetujuan penyewaan daripada pemegang gadaian, surat perjanjian jual beli, surat perwakilan kuasa, surat perjanjijan penyewaan dan sebagainya.

Cara memohon kelulusan penyewaan ruang pejabat adalah seperti berikut:

  • Mengemukakan Borang JRP dansenarai semakan JRP yang telah lengkap diisi beserta kelulusan daripada jabatan-jabatan berikut:-
    • Bahagian Belanjawan Kementerian Kewangan Malaysia
    • Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan harta yang berhampiran
    • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berhampiran
    • Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan yang berhampiran
    • Unit Perancang Ekonomi (Standard & Cost), Jabatan Perdana Menteri sekiranya ruang melebihi 464.50 meter persegi (5000 kaki persegi) DAN
  •  Maklumat tambahan seperti berikut:
    • Surat tawaran daripada pemilik
    • Pelan lantai/ Pelan susun atur
    • Gambar Bangunan
    • Salinan Pendaftaran Hakmilik dan dokumen yang berkaitan dengannya seperti surat persetujuan penyewaan daripada pemegang gadaian, surat perjanjian jual beli, surat perwakilan kuasa, surat perjanjian penyewaan dan sebagainya

Tempoh penyewaan ruang pejabat adalah tidak lebih daripada 3 tahun dan jabatan boleh memohon untuk memohon penyewaan kurang daripada 3 tahun

Sekiranya kenaikan kadar sewa 10% DAN nilai tepat RM300 dan ke atas sebulan, jabatan perlu mendapatkan kelulusan daripada Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan Malaysia dan sekiranya kurang, tidak memerlukan kelulusan Kementerian Kewangan.

Kadar sewa ruang pejabat hanya untuk ruang kosong sahaja. Jabatan perlu mematuhi peraturan kewangan yang berkuatkuasa bagi perolehan perabut dan ubahsuai.

Sekiranya jabatan tidak mendapat sokongan daripada salah satu daripada jabatan berkenaan, jabatan perlulah mencari alternatif ruang pejabat lain untuk disewa.

Alamat Seksyen:

Ruang Pejabat,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok F6, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 PUTRAJAYA.

No. Tel: 03-8091 8500
No. Faks: 03-80918839

Semak Senarai Menunggu:

Sebarang Permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.
Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran.

Jata-Negara
Bahagian Pengurusan Hartanah
Jabatan Perdana Menteri

Perkhidmatan kami menyediakan maklumat atau arahan yang tepat dan mudah difahami.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Perkhidmatan ini memberikan maklum balas yang cepat kepada saya.

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Panduan pengguna mudah difahami dan membantu saya dalam perkhidmatan ini

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Susun atur dan paparan pada setiap halaman menarik dan mesra pelanggan

5 - Sangat Setuju; 1 - Sangat Tidak Setuju

Saya berpuas hati dengan perkhidmatan BPH

Cadangan penambahbaikan perkhidmatan BPH (jika ada):

Created with Perfect Survey