Pengurusan Kuarters
- Utama
- Perkhidmatan
- Pengurusan Kuarters
Objektif:
Mengurus, menyelia dan mengendalikan kuarters kerajaan yang dihuni anggota perkhidmatan awam yang berkelayakan secara optima, efisyen dan berkesan.
Fungsi:
- Menyemak dan memproses permohonan menduduki kuarters.
- Mengagihkan kuarters kepada pemohon yang telah diluluskan.
- Menguruskan serahan surat tawaran dan kunci kuarters.
- Mengemaskini rekod dan fail penghuni kuarters.
- Mengagihkan kuarters kepada pemohon yang layak mengikut lokasi tempat bertugas.
Prosedur permohonan kuarters:
- Permohonan untuk menduduki kuarters hendaklah di buat secara online melalui laman web Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (BPH, JPM) di: Sistem Bersepadu BPH (SBBPH)
Syarat & Peraturan Penawaran Kuarters:
- Permohonan kuarters adalah tertakluk kepada dasar dan peraturan penawaran kuarters yang berkuatkuasa Klik untuk lampiran
Bilangan & lokasi kuarters:
- Bilangan Keseluruhan Mengikut Lokasi Klik untuk lampiran
Lokasi kuarters-kuarters di bawah kawalan BPH:
- Kuarters Kakitangan Awam Putrajaya (Apartment dan Landed)
- Kuarters Kakitangan Awam Labuan (Landed)
- Kuarters Kakitangan Awam Kuala Lumpur & Petaling Jaya (Landed)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kuala Lumpur (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan U-Thant, Kuala Lumpur (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Cochrane, Kuala Lumpur (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Shahbandar, Kuala Lumpur (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan AwamBrickfields, Kuala Lumpur (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA, Nilai, Negeri Sembilan (Apartment)
- Kompleks Kediaman Kakitangan Awan KIK, Tg Kupang, Johor (Apartment)
Peraturan-peraturan yang digunakan oleh BPH dalam pengurusan kuarters kerajaan:
- Perintah Am Bab E (Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan)
- Surat Pekeliling Am Bil. 1 DAN 5 TAHUN 1976 (Peraturan-Peraturan Bagi Menguntukan Rumah-Rumah Biasa Kerajaan “A Hingga I” Di Kuala Lumpur Dan Petaling Jaya)
- Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 TAHUN 2002(Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan-Lampiran C8)
- Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 TAHUN 2006 (Pemanjangan Bantuan Sara Hidup)
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 TAHUN 2007 (Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup)
- Pekeliling Perkhidmatan Bil.13 TAHUN 2007 (Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan)
- Surat Pekeliling Perkhidmatan BIL. 2 TAHUN 2008 (Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan)
- Surat Perjanjian Menduduki Kuarters Kerajaan
Kategori kuarters:
- Kelas A
- Kelas A (Jenis A)
- Kelas A (Jenis B)
- Kelas A (Jenis C)
- Kelas A (Jenis D)
- Kelas A (Jenis E)
- Kelas B
- Kelas C
- Kelas D
- Kelas E
- Kelas F
- Kelas G (Jenis A)
- Kelas G (Jenis B)
- Kelas G (Jenis C)
- Kelas H
- Kelas I
- Kelas Studio
Alamat Seksyen:
Seksyen Pengurusan Kuarters,
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok F6, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 PUTRAJAYA.
No. Tel: 03-8000 8000
Semak Senarai Menunggu:
Sebarang Permohonan, semakan dan pembayaran boleh dilakukan setelah log masuk sistem.
Sekiranya anda tidak mempunyai ID Log Masuk, anda perlu mendaftar sebagai pengguna portal bagi sebarang permohonan, semakan dan pembayaran.